NUTP PELINDUNG & PEMBELA GURU, DULU KINI DAN SELAMANYA

Tahniah dan Syabas

Sekalung ucapan Tahniah dan Syabas diucapkan kepada seluruh Barisan Jawatankuasa NUTP Cawangan Selangor Sesi 2026–2029 yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-24 NUTP Cawangan Selangor Tahun 2026.
Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti serta semangat perjuangan yang tinggi demi memperkukuhkan kesatuan dan memperjuangkan kebajikan, hak serta kepentingan warga pendidik di Negeri Selangor.
Diharapkan barisan kepimpinan yang baharu ini akan terus memacu NUTP Selangor ke arah kecemerlangan, memperkasakan perpaduan ahli dan meneruskan legasi perjuangan kesatuan demi manfaat seluruh warga guru.
Selamat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan penuh komitmen.
NUTP Selangor
“Pelindung dan Pembela Guru Dulu, Kini dan Selamanya”

Majlis Penyampaian Mock Cheque RM113,028.57

Majlis Penyampaian Cek (Mock Cheque) telah diadakan kepada ahli NUTP, iaitu Sdri. Aw Pek Cheng, yang telah kehilangan anak tersayang di kediamannya. Anak beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan di rumah. Sdri. Aw Pek Cheng sebelum ini telah mencarum insurans MUI dengan kadar caruman sebanyak RM5.00 sebulan bagi perlindungan anaknya. Dengan caruman RM5.00 sebulan, ahli NUTP ini telah mendapat pampasan sebanyak RM113,028.57.

CABUTAN BERTUAH

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢, 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢!
📅 Tempoh Kempen:
🗓️ 1 Julai 2026 – 31 Disember 2026
🎊 Tarikh Cabutan Bertuah:
🗓️ 1 Januari 2027
🎁 Hadiah Menarik Menanti Anda!
🏍️ Hadiah Utama: MODENAS KRISS 110
💻 Laptop
📱 REDMI A7 Pro Smartphone
📲 Galaxy Tab A11
⌚ Samsung Galaxy Fit3
🪙 Gold Bar 0.5 gram

Seminar Guru Muda NUTP Selangor 2026

Guru Muda Berdaya Saing: “Memperkasa Profesionalisme, Kreativiti dan Pendigitalan”
Bengkel Jom Kuasai AI (Zero to Hero)! 🚀🤖
Sempena Seminar Guru Muda NUTP Selangor 2026
Guru muda yang ingin meningkatkan kemahiran digital dan memperkukuh profesionalisme keguruan dijemput menyertai seminar eksklusif ini yang dianjurkan di bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026. Terbuka kepada semua guru berumur 45 tahun kebawah!
✨ Antara pengisian menarik:
✅ Taklimat daripada JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan
✅ Bengkel Canva dan AI untuk Guru (Zero to Hero)
✅ Teknik menghasilkan bahan PdP kreatif dan profesional
✅ Penggunaan AI dalam pendidikan secara beretika dan berkesan
✅ Sijil penyertaan disediakan
✅ Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Seminar, Wisma NUTP Selangor, Seksyen 7, Shah Alam

Hadiah Printer Untuk Sekolah

NUTP Selangor ingin memaklumkan bahawa sebagai tanda penghargaan kepada sekolah-sekolah yang menyokong perjuangan kebajikan guru, pihak NUTP Selangor menawarkan sebuah Printer CANON PIXMA G3010 kepada sekolah yang memenuhi syarat berikut:

✅ Keahlian NUTP telah mencapai 90% atau lebih daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah.

Sekolah yang layak boleh membuat tuntutan mulai:

📅 1 Julai 2026 hingga 31 Jun 2029

Sebarang pertanyaan atau urusan tuntutan boleh menghubungi:

☎️ NUTP Selangor
011-65597833

Semoga penghargaan ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah dan seluruh warga guru.

NUTP Selangor
Pelindung dan Pembela Guru

Pemilihan Pegawai Utama NUTP Malaysia

Pemilihan Pegawai-Pegawai Utama NUTP Malaysia bagi Sesi 2026–2029 kini sedang berlangsung. Marilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli dengan menunaikan hak mengundi demi menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui NUTP untuk penggal akan datang.
NUTP Selangor dengan penuh rasa bangga mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon daripada NUTP Selangor yang menawarkan diri untuk berkhidmat di peringkat kebangsaan:
🗳️ 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐍𝐨. 𝟓
𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐎𝐈𝐑𝐘 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇
𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟐𝟗
• 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟐𝟗
• 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓–𝟐𝟎𝟐𝟖
🗳️ 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐍𝐨. 𝟐
𝐒𝐃𝐑𝐈. 𝐍𝐆 𝐀𝐈 𝐋𝐈𝐍
𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 (𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐚) 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟐𝟗
• 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟐𝟗

NUTP : PEJUANG GURU, PELINDUNG GURU

Sejarah perjuangan gerakan kesatuan dikalangan guru-guru bermula dengan penubuhan Union of Selangor Teachers pada 24 hb Ogos,1947.

MAKLUMAN UNTUK WAKIL SEKOLAH

Apa perlu Buat Sekiranya ada ahli NUTP berpindah masuk, keluar dari Sekolah atau bersara

FACEBOOK RASMI NUTP SELANGOR

VIDEO CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR APLIKASI MYNUTP

  1. Muat Turun Aplikasi MyNUTP di Google Play Store / App Store. Tekan pada DAFTAR APLIKASI MYNUTP
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sempang. Masukkan nombor ahli 10 digit (Masukkan angka 0000 untuk menggenapkan 10 digit nombor ahli NUTP)
  3. Ikut arahan yang tertera
  4. Tonton video dibawah untuk panduan selanjutnya
    PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KALI KE-24 NUTP CAWANGAN SELANGOR SESI 2026 – 2029

    PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KALI KE-24 NUTP CAWANGAN SELANGOR SESI 2026 – 2029

    Dengan segala hormatnya Notis Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-24 yang bernombor Bil Kami (1/2026) dlm.KPPK/SEL/04/03/02 adalah dirujuk.

    • Untuk makluman, perubahan terbaru Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-24 NUTP Cawangan Selangor Sesi 2026 – 2029 adalah seperti ketetapan berikut:-

    Tarikh                               :   20 Jun 2026 (Sabtu)

    Masa Pendaftaran             :   9.00 pagi hingga 10.00 pagi

    Masa Mesyuarat Agung    :   10.00 pagi hingga 1.30 Tengah hari

    Tempat                      :   Dewan Seminar Wisma NUTP Selangor, No. 22, Jalan Keluli 7/109, Pusat Perniagaan

    Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

    • Sekiranya terdapat Usul-Usul Dan Pindaan Peraturan Dalam Pelembagaan yang saudara/saudari perlu cadangkan, sila kemukakan semua Usul-Usul dan Pindaan Peraturan Dalam Perlembagaan ke NUTP Cawangan Selangor dalam format PDF melalui pos atau email kepada nutpsel@gmail.com sebelum atau pada 5 Jun 2026. Semua Usul-Usul dan Pindaan Peraturan Dalam Perlembagaan mesti dicadang serta disokong oleh ahli-ahli yang berfaedah.
    • Pihak NUTP Selangor memohon maaf di atas kekangan dan kesulitan ini.

     

    baca lagi…

    Post #22993027

    baca lagi…

    SEMINAR WAKIL SEKOLAH NUTP SELANGOR TAHUN 2026

    NUTP Selangor akan mangadakan seminar tersebut seperti ketetapan berikut:

    Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
    Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
    Tempat : Dewan Seminar NUTP Selangor

    Wakil Sekolah dan ahli NUTP Selangor yang berminat untuk mnyertai seminar ini sila lengkapkan maklumat di pautan ini https://forms.gle/yqR82nZBFuReJChq7 selewat-lewatnya 30 April 2026 .

    • Sila sertai Group Whatsapp yang diberikan untuk kami salurkan maklumat terperinci berkenaan kursus tersebut.

    Sekian, terima kasih.

    “NUTP PELINDUNG & PEMBELA GURU DULU, KINI & SELAMANYA”

    baca lagi…

    SLU NUTP bersama-sama Bahagian Pembangunan Kurikulum Persekolahan 2027

    📅 6 April 2026
    📍 Bilik Mesyuarat Sri Duta, E8
    🏢 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
    Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah mengadakan sesi libat urus strategik bersama NUTP sebagai rakan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
    Sesi SLU ini yang dipengerusikan oleh Pengarah BPK, Hjh Nooraini binti Kamaruddin memberi tumpuan kepada dua perkara utama:
    🔹 Mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan latihan guru
    🔹 Membincangkan isu-isu pengoperasian dalam pelaksanaan kurikulum baharu
    Perbincangan berlangsung secara terbuka dan konstruktif dengan penglibatan barisan kepimpinan NUTP yang diketuai oleh Presiden, Sdr. Aminuddin bin Awang, bersama ahli-ahli majlis tertinggi yang lain. Pelbagai pandangan, cadangan dan pengalaman lapangan telah dikongsikan bagi memastikan kurikulum yang dirangka benar-benar praktikal, inklusif dan berimpak tinggi kepada guru serta murid.
    🤝 Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan KPM melalui BPK dalam memperkukuh kolaborasi strategik bersama pemegang taruh pendidikan, khususnya warga pendidik, demi memastikan Kurikulum Persekolahan 2027 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan holistik.
    Bersama membina masa depan pendidikan negara.
    baca lagi…

    Majlis Penyampaian Mock Cheque RM113,028.57

     

    Majlis Penyampaian Cek (Mock Cheque) telah diadakan kepada ahli NUTP, iaitu Sdri. Aw Pek Cheng, yang telah kehilangan anak tersayang di kediamannya. Anak beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan di rumah. Sdri. Aw Pek Cheng sebelum ini telah mencarum insurans MUI dengan kadar caruman sebanyak RM5.00 sebulan bagi perlindungan anaknya. Dengan caruman RM5.00 sebulan, ahli NUTP ini telah mendapat pampasan sebanyak RM113,028.57.

    Majlis tersebut telah dihadiri oleh Sdr. Mohd Koiry bin Abdullah, Setiausaha Cawangan NUTP Selangor; Sdr. Mohd Faizee Azwar bin Ariffin, Bendahari Cawangan NUTP Selangor; serta wakil insurans NUTP daripada Syarikat Tony NG Associated.

    Pelan MUI PA merupakan pelan takaful kemalangan diri yang diperkenalkan oleh NUTP sejak tahun 1996, dengan kadar caruman serendah RM5.00 sebulan.

    Manfaat Utama Pelan MUI PA:

    Kematian akibat kemalangan: sehingga RM223,000

    Keilatan Kekal Penuh: sehingga RM220,000

    Elaun hospital harian (Hospital Kerajaan): RM100 sehari (maksimum RM2,000)

    Perbelanjaan perubatan hospital swasta: sehingga RM3,000

    Elaun perjalanan keluarga: RM50 seminggu (maksimum RM500)

    Perlindungan sehingga usia 70 tahun

    baca lagi…

    𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

    Ahli Jawatankuasa NUTP Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
    𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿 𝗔𝘀𝗵𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗯𝘂 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺
    atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan
    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
    berkuat kuasa mulai 7 Januari 2026.

    Pelantikan ini diyakini akan membawa sinar baharu serta memperkukuh lagi kepimpinan dan kecemerlangan sistem pendidikan negeri Selangor. Besar harapan agar YBhg. Datin terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui agenda pendidikan demi kesejahteraan warga pendidik dan anak didik seluruh negeri.

    Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.
    Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan diberkati serta memberi impak positif yang berterusan.

    𝗜𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮
    𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗡𝗨𝗧𝗣 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
    𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯–𝟮𝟬𝟮𝟲

    baca lagi…

    Dewan Seminar dan Bilik Mesyuarat

    Sewaan Dewan Seminar dan Bilik Mesyuarat NUTP Selangor

    Wisma NUTP Cawangan Selangor menyediakan kemudahan bilik seminar dan bilik mesyuarat yang lengkap, selesa dan strategik bagi memenuhi keperluan penganjuran seminar, kursus, bengkel, ceramah, taklimat dan mesyuarat rasmi.

    🔹 Kapasiti
    • Bilik Mesyuarat: sehingga 30 orang
    • Bilik Seminar: sehingga 180 orang

    🔹 Kelengkapan Lengkap & Moden
    PA System, mikrofon tanpa wayar, pembesar suara, projektor, TV LED, kerusi dan meja, sofa VIP, pentas (stage) serta sistem penyaman udara sepenuhnya.

    🔹 Kemudahan Sokongan
    Surau, pantri, tandas yang selesa, ruang parkir luas dan lokasi strategik bersebelahan Hotel Smile, Shah Alam.

    💼 Pakej Sewaan Fleksibel
    • Half Day (Pagi / Petang)
    • Full Day
    • Pakej 2 Hari
    ✔ Termasuk semua fasiliti
    ✔ Perkhidmatan katering boleh diuruskan

    📞 Tempahan & Pertanyaan
    011-6559 7833 (NUTP Selangor)

    baca lagi…

    Pengumuman pencalonan untuk berkhidmat dalam Jawatankuasa NUTP Cawangan Selangor dan Ibu Pejabat

    baca lagi…

    NOTIS MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KALI YANG KE-24 NUTP CAWANGAN SELANGOR

    baca lagi…

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

    baca lagi…